Selasa, 13 Disember 2011 | By: akubest501

Guru Oh Guru...

Assalamualaikum...Muktakhir ini kita dihangatkan dengan SBPA iaitu Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam...Ramai yang dah berkira-kira dengan sebarang kenaikan gaji yang dijangka meningkat dengan agak mendadak...Paling mencuri tumpuan adalah kenaikan gaji bagi profesion perguruan...Suara-suara 'sumbang' mengatakan 'kerja cikgu ni mudah, balik awal tapi gaji banyak'...Mudah ke bekerja sebagai guru ni?...Betul ke balik awal?...

Semua kerja ada peranan dan kelebihan masing-masing...Tak perlulah kita merasa cemburu atau iri hati dengan pekerjaan orang lain...Setiap manusia itu Allah telah bekalkan dengan rezeki masing-masing...(Peringatan ini juga ditujukan buat diri sendiri)...

Berbalik kepada tugas guru, ramai yang menganggap tugas sebagai guru ini mudah...Hakikatnya, tugas seorang guru pada masa kini amatlah berat...Apa tidaknya...Guru juga menggalas tugas sebagai jururawat, kerani, jurulatih, tukang, pekerja am, bapa, ibu, dan bermacam-macam lagi...Guru juga terpaksa berhadapan dengan masyarakat sekeliling yang sentiasa mencari alasan untuk mengkondemkan tugas seorang guru.

Jadi, guru sememangnya wajar diberikan penghargaan yang tinggi di mata masyarakat agar guru-guru akan lebih komited dalam menjalankan tugasnya...Cuba kita fikirkan sejenak, di mana bermulanya kita sehingga kita berjaya berada di tahap sekarang!....


6 Orang telah komen di sini:

sekamar rindu berkata...

salam...

syukur alhamdulillah..

akubest501 berkata...

wsalam...Syukur dgn rezki Allah swt...terima kasih atas kunjungan...

Nik berkata...

tugas guru mmg berat lagi2 berdepan dengan pelajar zaman skarang yang dah makin advanced ni :)

Isteri Encek Bard berkata...

terima kasih untuk semu guru2 di Mlaysia

akubest501 berkata...

nik rosmawati: mmg betul n tepat skali..tambah pulak ngan parent yg terlebih percayakan anak...

isteri encik bard: krn jasa guru2 jgklah kita blh berjaya sepertimana skrg....terima kasih guru...

hidaya_yahya berkata...

Terima kasih guru....