Jumaat, 31 Disember 2010 | By: akubest501
Isnin, 27 Disember 2010 | By: akubest501

Rumah Oh Rumah

Rumah merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia...Ini semua orang tahu...betul tak?...Rumah tempat kita berteduh...Selain itu ada juga yang menjadikan rumah sebagai tempat untuk mengilhamkan inspirasi, menghilangkan stress dan sebagainya...Rumah menjadikan kehidupan kita lengkap dan selesa...Tanpa rumah, maka kita mungkin akan merempat di tepi2 jalan, di bawah jambatan, dan di mana2 sahaja...

Bercerita mengenai rumah ni, taman tempat aku menyewa sekarang ada sebuah rumah yang mahu di jual...Rumahnya ok, kawasannya pun ok...Corner lot...Dekat ngan kedai dan masjid...Yang paling penting dekat ngan sekolah tempat aku bekerja...Kalau jalan kaki tak sampai lima minit dah sampai...

Aku berkira2 nak beli aje rumah tu...Aku dah pun hubungi tuan rumah tu...Dia cakap siapa cepat dia yang dapat...So, aku pun pergi la ke Bank Islam untuk bertanyakan mengenai pinjaman perumahan ni...Panjang lebar penerangan yang diberikan oleh pegawai bank tersebut...Aku dan isteri menjadi lebih tertarik...Selepas membuat pengiraan ke atas gaji kami, kami mengambil keputusan untuk membuat permohonan pinjaman tersebut...Kalau berjaya, maka kami konpem beli rumah tu...Semoga Allah mempermudahkan urusan tersebut.....

Arsenal FC

Terima kasih buat mak su yang berada nun jauh di Liverpool sbb belikan saya baju kegemaran ni...Tak sabo rasanya menunggu kehadiran baju ni di sisi...Go Arsenal...Go The Gunners....


Jumaat, 24 Disember 2010 | By: akubest501

Bermula Episod Baru

Salam semua...Wah, bukan main lagi tajuk di atas ni...Apa yang "Bermula Episod Baru" tu?...Ermm, apa yer?...Hehehe...Sebenarnya, banyak yang aku nak cerita...Bertimbun-timbun dalam kepala ni...Tapi dalam kepala aje lah...Bila nak tulis, hilang pulak cerita tu....Tambah pulak menulis sambil menonton anugerah skrin...hehehe...

Episod pertama yang aku nak cerita ialah mengenai bini aku...Permohonannya untuk bertukar ke Kuantan gagal...Huhuhu....Kesian kat aku dan dia..Terpaksalah berjauhan lagi...Harap-harap Pertukaran bulan 6 tahun depan berjayalah yer...InsyaAllah...Ni kira episod baru jugak la kan...Episod baru tinggal berjauhan...hehehe

Episod kedua apa yer??..Oh ya, sekolah dah nak bukak ni...Mesyuarat pun dah bermula...Harap2 tahun 2011 akan memberi kekuatan dan lebih semangat untuk mendidik anak bangsa...Kenapa??...Tahun 2010 tak bersemangat ke?...Bukan tak semangat, tapi nak lebih semangat lagi bila tiba tahun 2011...

Episod keempat ni yang best...Aku ditugaskan menjadi guru kelas tahun 2...Sebelum ni menjadi guru kelas tahun 3...Semakin kecik plak budak yang nak kena handle...jangan kecing n berak dalam kelas sudah...Hehehe...Selain tu, aku jugak bertanggungjawab ke atas panitia kajian tempatan, penyelaras sukan dan permainan, setiausaha asrama desa dan pelbagai AJK yg lain...Huhuhu...Ok la tu...Dah menjadi tugas, kena terima la dengan hati yang terbuka....

Episod kelima, sempena tahun baru masihi yang bakal tiba ni, aku dah pun beli peralatan rumah yang baru...Setahun tinggal dalam rumah yang takde apa2...Cuma ada kerusi dan meja tulis jer...Kenapa, tak percaya ker??...Hajat dihati nak beli bila dah dapat tinggal berdua ngan isteri...Tapi isteri plak tak dapat tukar, so, kami ambil keputusan beli ajelah....Apa yang kami beli?...Satu set Tv Lcd + Home teatre, mesin basuh n peti ais...Erm, ok la tu...Lepas ni tambah lagi apa yang patut....

Ok lah...dah malas plak nak tulis...Syok sangat tgk TV....hehehe...Apa-apa pun aku doakan semoga Sk Cherating akan lebih berjaya di masa-masa akan datang....Tahun baru, GB baru, guru baru n semangat baru....Maka, Bermula lah Episod Baru.....


Ahad, 19 Disember 2010 | By: akubest501

Musim Hujan

Sekarang musim hujan tiba lagi...Cuaca memang sejuk giler la...Tambah pulak duduk kat kampung ni...Rumah kayu pulak tu...Tidur malam kena selimut tebal...Sejuknya sampai ke tulang...Hujan lebat jer memanjang...Depan rumah aku kat kampung ni kalau hujan lebat jer dalam dua or tiga hari, pasti air akan naik depan rumah...Sehinggakan tenggelam satu anak tangga....Yang bestnya, keesokkan harinya, berjalan keliling rumah dan rumah jiran untuk mencari selipar yang dihanyutkan oleh air...Hehehehe...Kadang2 jumpa, kadang2 tak..

Musim hujan ni jugak mengingatkan kembali waktu zaman budak2...Biasanya waktu ni aku sekeluarga akan turun ke sawah untuk menanam padi...Dulu, sebelum tahun 1997, keluarga aku menanam sendiri padi...So, aku memang berpengalaman lah dalam bab2 tanam padi ni...Sambil mengerjakan sawah padi, ada lagi part yang paling aku suka...Menangkap ikan sawah adalah kegemaranku...Tak sah turun ke sawah kalau tak tangkap ikan...Ikan haruan the best...Ermmmm, bestnya goreng...Yummy...

Musim hujan ni kadang2 memberi kebaikan dan memberi rezeki kepada sesetengah orang... Sebaliknya ada juga yang tidak dapat bekerja pada musim hujan...Walau apa pun, terpulang kepada kerja dan rezeki masing2...Apa yang pasti, musim hujan ni boleh mengundang bencana seperti banjir, lemas, tanah runtuh dan sebagainya...Elakkan diri kita daripada menjadi mangsa bencana tersebut...Berwaspadalah....
Sabtu, 11 Disember 2010 | By: akubest501

Cuti-cuti Malaysia

Cuti sekolah kali ni aku telah berkesempatan bercuti ke Melaka dan beberapa tempat lain...Percutian kali ni bersama-sama isteri dan juga famili mertua...Percutian kali ini amat bermakna kerana ini adalah cuti panjang pertamaku sebagai seorang guru...(maklum la, baru tahun ni keje)....Juga bercuti bersama-sama isteri dan juga keluarga mertua adalah yg pertama kalinya....

KLCC

KLCC

Melaka

Melaka

Melaka

Hot Springs Sungai Klah

Hot Springs Sungai Klah




Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC)

Salam...dah lama tak update blog ni...Busy memanjang aje cuti-cuti ni...Internet pulak kadang-kadang laju, kadang-kadang lembab...Sengal betul...hehe..Takpelah, sekurang-kurangnya dapat jgk kongsi cerita kan...Sepanjang cuti ni aku berkesempatan melepak dengan geng-geng kelab persona...Sungguh ramah dan sempoi diorang ni...Tak rugi rasanya bila kita join kelab ni...Banyak faedah yang boleh kita dapat...Selain berTT, kita juga dapat menambah kenalan, berkongsi-kongsi pendapat dan juga berkongsi masalah serta penyelesaian terhadap permasalahan kereta...

Shah Alam

Shah Alam

Gunung Lang Ipoh

Gunung Lang Ipoh

Gunung Lang Ipoh

Rabu, 5 Mei 2010 | By: akubest501

Persona Elegance Silverku....

Salam semua kawan-kawan...Dah lama aku tak update blog aku ni...Bukan malas nak update, tapi aku terlupa password blog aku ni...berbula-bulan aku fikir...hari ni baru la aku dapat password yang betul...Huhuhu...Macam-macam hal...Di sini aku tak nak menulis panjang...Cuma aku nak perkenalkan kereta pertamaku kat korang sumer...Hehehe...Bukan nak bermegah-megah, tapi sekadar berkongsi kegembiraan dan kesyukuranku kepada Illahi di atas rezki yang dikurniakan oleh-Nya...

Kereta pertama dalam hidup aku ni ialah keluaran Proton iaitu Persona Elegance 1.6, Genetic Silver, H-Line Spec yang berharga RM59,499...Di bawah ni aku uploadkan gambar-gambarnya....










Sabtu, 16 Januari 2010 | By: akubest501

Lembaran Baru

Salam semua..Dah lama tak menulis kat blog ni..Bukan tak mau bercerita, tapi tak sempat nak bercerita..Keadaan masa yang agak terhad ditambah pula dengan "ketiadaan broadband"..Hehehe..Tarikh 4.1.2010 merupakan tarikh yang sangat bermakna dalam hidup aku..Tarikh ni lah secara rasminya aku bergelar guru..Sk Cherating, Kuantan, Pahang merupakan sekolah pertama aku diposting kan..Sungguhku tak sangka dapat skolah ni..Dekat la aku nak balik kampung nanti...

Penat jugak jadi guru ni sebenarnya..Persepsi orang kalu jadi guru ni untung sebab dapat balik awal..Huhuhu..Yela mmg la balik awal..Tapi balik skali ngan kerja tuk disiapkan di rumah...Huhuhu..Malas lah nak cerita beban tugas guru ni...Sendiri mau ingat lah...huhuhu...Chou dulu...