Sabtu, 31 Disember 2011 | By: akubest501

Layan Jacko skali...!!

Wah, dah lama tak layan lagu Michael Jackson ni....Sesekali dpt tgk best jugak...Aku mmg antara salah seorang peminat dia lah...Suka tgk dia beraksi atas pentas....Sungguh bertenaga....

video

Michael Jackson - Jam (Retro)


video

Michael Jackson - Black or White

Mimpi Ular...!!



Jika anda belum berkahwin dan bermimpi di patuk ular, itu tandanya anda akan segera mendapat jodoh atau pasangan.

Jika anda sudah berkahwin dan bermimpi dipatuk ular, itu tandanya anda akan mendapat kesejahteraan hidup.

Jika anda bermimpi melihat ular, itu tandanya ramai orang yang menyukai anda.

Jika anda bermimpi melihat ular berwarna warni, itu tandanya hidup anda akan bahagia.

Tapi jika anda bermimpi ular hitam yg besar mematuk atau menyerang anda, mungkin itu permainan sihir dan ada orang yg memusuhi anda.
Jumaat, 23 Disember 2011 | By: akubest501

Hukum Terkentut Semasa Membaca Al-Quran


SOALAN: Apakah hukum sekiranya terkentut ketika membaca Al-Quran lalu meneruskan bacaan tanpa berwuduk?


JAWAPAN: Jika sedang membaca Al-Quran kemudian terkentut, maka teruskan bacaannya itu dengan tidak memegang Al-Quran. Orang yang tidak ada wuduk hanya dilarang memegang Al-Quran, tetapi tidak dilarang membacanya.

Khamis, 22 Disember 2011 | By: akubest501
Rabu, 21 Disember 2011 | By: akubest501

Wang Kertas Baru 2012

Cantik ler design baru wang kertas kita yg akan dikeluarkan awal tahun depan ni....Tak sabar rasa nak pegang n guna...Maybe buat simpan dlm album skali kot...hehe


Kakitangan Bank Negara mempamerkan wang kertas baru 2012



Jangan sayang pulak nak guna duit ni tahun depan....Kan tak berasap pulak dapur tu...Tak pasal2 suami/isteri melenting...hehehe

Pengorbanan Guru Di Pedalaman

Buat semua guru terima kasih atas pengorbanan kalian...Jasa dan pengorbananmu akan kekal tersemat di hati...Tanpa kalian, tidak mungkin aku mencapai kejayaan sepertimana hari ini....


video

Selasa, 20 Disember 2011 | By: akubest501

Hanya mampu bermimpi kot...!!!

Teringin nak jadi blogger hebat macam Bro Ben atau mungkin seperti Cik Lyssa kite....
Hebat kan diorang ni..... Tak pun jadi glamour macam Elia Runcing ....

Eh.....Apa aku merepek ni?....

Isnin, 19 Disember 2011 | By: akubest501

Parah dan rabak.....!!!

Hari ni macam biasa bila gaji dah dapat ni, apa lagi keluar shoping la....Macam2 aku shoping hari....Bayar bil elektrik, bil air, bil celcom, bil maxis, ansuran rumah, ansuran kereta, duit insuran dan jgk kutu mutu....hehehe

Last-last celup poket tinggal la saki baki utk buat makan minum sebulan menunggu plak tarikh gaji bulan hadapan....haha....Parah kan....Rabak kan....!!!

Betul lah tu....Parah dan rabak...!!!

Anda bagaimana??......Berjimat-cermat lah yer....
Ahad, 18 Disember 2011 | By: akubest501

Fixie dan Maksiat

Assalamualaikum....Sekarang ni basikal fixie memang menjadi kegilaan golongan muda mudi....Baik lelaki mahupun perempuan...Di Terengganu, remaja berbasikal fixie ni boleh dijumpai di mana-mana sahaja...Tak kira siang mahupun malam....

Aktiviti berbasikal ni sememangnya bagus untuk kesihatan...Selain tu, boleh juga mengurangkan aktiviti mat rempit di Terengganu....Apa tidaknya, mat rempit pun dah kurang merempit kerana terkena virus berbasikal ni....

Dalam pada berbasikal, wujud juga aktiviti yang tidak sihat dan menyakitkan mata masyarakat....Apa tidaknya, ramai remaja perempuan yg gila berbasikal (fixie) di Terengganu sekarang ni...Kalau stakat berbasikal takpe lah...Tapi bercampur gaul dgn remaja lelaki tak kira siang atau malam...

Berbasikal dgn lelaki tu satu hal....Ditambah plak dengan pakaian yg tidak senonoh, rambut terburai dan mekap yg mengalahkan artis....Remaja perempuan ni tak segan dan tak malu untuk keluar lewat malam semata-mata utk berbasikal dgn rakan2 lelaki mereka....

Jadi, aktiviti berbasikal itu bagus, tp biarlah mengikut cara yg betul tanpa melibatkan perkara2 yg tidak sesuai...

Gempar!!!...Makhluk aneh dibelakang gambar..

Cuba perhatikan objek di belakang...


Kebaikan meninggalkan komen pada blog orang lain

Entri ini di copy paste daripada blog http://blogger-blog-tutorial.blogspot.com/


Di sini aku kongsikan sedikit tip yang berguna untuk blogger semua disamping mengupas kesilapan para blogger yang mengamalkan sikap u comment my blog then i comment ur blog....Tahukah anda kebaikan meninggalkan komen pada entri blogger lain...?


Kebaikannya ialah SERP(search engine result page) semakin banyak...bila makin banyak blog anda mudah dicari..kalau anda perasan pada ruangan komen anda ada saja orang akan meninggalkan jejak mereka..dan mereka ini di panggil spammer..Sebagai contoh..blog anda berbahasa melayu..tapi yang meninggalkan komen tu mat saleh....Tujuannya adalah untuk mempromisikan blog/website mereka dan meningkatkan SERP...

Pada widget alexa anda terdapat terdapat trafik rank dan link in..salah satu penyumbang link in tu adalah meninggalkan komen pada blog orang lain...

Jadi..jika anda terbaca entri ni..rajin2 la tinggalkan komen pada blog orang lain tanpa mengharapkan balasan..
Tiada apa yang anda akan rugi..malah lagi ungtung maaa....


Nota : Adalah tidak digalakan meninggalkan komen + url blog anda..kerana google akan menyatakan komen itu sebagai spam...bila dikenali sebagai spam..komen tu tidak akan dipaparkan pada ruangan komen...

Jumaat, 16 Disember 2011 | By: akubest501

SBPA : CUEPACS Bantah, Arah Staf Kerajaan Tidak Tandatangan Borang Opsyen

Pening kepala bila fikirkan pasal SBPA ni...Macam-macam versi perdebatan yang kita semua dengar...Baik di televisyen, radio, di kedai kopi, di sekolah, di pasar dan di mana-mana sahaja...Ada yang menyokong, ada yang tak mahu ambik tahu, ada yang tak kisah dan ada juga yang menentangnya...Mengapa mereka menyokong dan mengapa pula mereka menentangnya?...Aku sendiri tak boleh dan tak mahu komen apa-apa sebab tak tahu dengan lebih terperinci lagi mengenai sistem baru ni...Tunggu ajelah camne nanti keputusannya.

Untuk info yang lebih lanjut, korang boleh baca di sini SBPA: CUEPACS Bantah ...
Selasa, 13 Disember 2011 | By: akubest501

Guru Oh Guru...

Assalamualaikum...Muktakhir ini kita dihangatkan dengan SBPA iaitu Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam...Ramai yang dah berkira-kira dengan sebarang kenaikan gaji yang dijangka meningkat dengan agak mendadak...Paling mencuri tumpuan adalah kenaikan gaji bagi profesion perguruan...Suara-suara 'sumbang' mengatakan 'kerja cikgu ni mudah, balik awal tapi gaji banyak'...Mudah ke bekerja sebagai guru ni?...Betul ke balik awal?...

Semua kerja ada peranan dan kelebihan masing-masing...Tak perlulah kita merasa cemburu atau iri hati dengan pekerjaan orang lain...Setiap manusia itu Allah telah bekalkan dengan rezeki masing-masing...(Peringatan ini juga ditujukan buat diri sendiri)...

Berbalik kepada tugas guru, ramai yang menganggap tugas sebagai guru ini mudah...Hakikatnya, tugas seorang guru pada masa kini amatlah berat...Apa tidaknya...Guru juga menggalas tugas sebagai jururawat, kerani, jurulatih, tukang, pekerja am, bapa, ibu, dan bermacam-macam lagi...Guru juga terpaksa berhadapan dengan masyarakat sekeliling yang sentiasa mencari alasan untuk mengkondemkan tugas seorang guru.

Jadi, guru sememangnya wajar diberikan penghargaan yang tinggi di mata masyarakat agar guru-guru akan lebih komited dalam menjalankan tugasnya...Cuba kita fikirkan sejenak, di mana bermulanya kita sehingga kita berjaya berada di tahap sekarang!....


Isnin, 12 Disember 2011 | By: akubest501

KSSR Muzik Tahun Dua

Assalamualaikum...Berikut adalah sedikit video berkenaan dengan gerakan dalam nyanyian bagi subjek Muzik KSSR Tahun Dua yang akan bermula pada tahun 2012...Diharapkan video ini akan memberi manfaat kepada guru-guru muzik yang akan mengajar Muzik KSSR Tahun Duan pada tahun 2012...


video


video


video



Sabtu, 10 Disember 2011 | By: akubest501

Berakhirnya Program Kem Bakat Perahu Layar 2011

Hari ini telah berakhirnya Program Kem Bakat Sukan Perahu Layar 2011 yang bertempat di Pusat Kecemerlangan Perahu Layar MSSSNS Port Dickson Negeri Sembilan...Kem ini telah berjalan dengan amat lancar dan boleh dianggap telah berjaya...Cuaca juga memberi kelebihan kepada program ini di mana setiap aktiviti berlangsung dengan amat sempurna sekali...Tahniah kepada pelayar-pelayar baru dan juga kepada pelayar-pelayar yang sudah mempunyai asas dalam sukan pelayaran ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Jurulatih-jurulatih yang terlibat, PT dan juga guru-guru pengiring sepanjang program ini berlangsung...Berikut adalah sedikit gambar pada hari penutup.




















Rabu, 7 Disember 2011 | By: akubest501

Kem Bakat Perahu Layar 2011

Kem Bakat Sukan Perahu Layar 2011 anjuran Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 5 hingga 9 Disember 2011 telah dan sedang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Perahu Layar MSSSNS Port Dickson Negeri Sembilan...Program ini disertai 60 orang murid dan 36 orang guru serta jurulatih...Pencarian bakat adalah bagi kategori Optimist dan laser....Berikut adalah gambar-gambar di sekitar program yang telah berlangsung dua hari (sehingga artikel ini ditulis)....Program masih lagi berbaki tiga hari dan akan melabuhkan tirai pada hari Jumaat 9 Disember 2011...