Rabu, 4 November 2009 | By: akubest501

Geng-Geng Pengajian Sosial

KURSUS KPLI-SR PENGAJIAN KAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2009 IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR



BERDIRI DARI KIRI: Zura, Mazniah, Khalil, Sham, Zali, Khairi, Awie, Aku, Pian, Fazlan, Pesal, Ise, Tn.Mazian, Zariton, Azie.
DUDUK DARI KIRI: Ina, Ebby, Rini, Hanif, Pn.Fazida, Pn.Nazariyah, Esmi, Mahani, Azwani, sukinah.

I LOVE U ALL!!!!!

Khamis, 22 Oktober 2009 | By: akubest501

Studi...Studi...and Studi.




akubest501

Salam..Erm..Dah lama tak menulis dalam blog ni..Asyik letak gambar jer..Hehehe..Maklum la, gambar2 ni memang kegemaran aku..Ok lah..Nak sembang-sembang skit bab-bab studi ni..Dah lama dah sebenarnya aku tinggalkan 'profesion' studi ni..Sekarang ni terpaksa la aku berkecimpung balik dalam bidang ni semenjak dua menjak masuk maktab ni..Last guna perkataan 'studi' ni masa kat UKM dulu tahun 2004..Sekarang tahun 2009, bermakna sudah sekian lama barulah muncul kembali perkataan studi ni..hehehe..

Kenapa aku citer bab studi ni?..Sebenarnya 28/10 ni aku ada intebiu SPP..3/11 pulak aku dah exam..So, kena la bertungkus lumus studi siang dan malam..Aku ulangi 'siang dan malam'..Ehem..ehem..Betul ke tu!!..Fuh..Memang memenatkan bila kita asyik mengadap tulisan ni..Baca sekejap dah rasa nak tido..Hahahaha..Tapi mahu tak mahu kena baca jugak..Kalau tak baca kan tak lulus pulak exam ni..Baru lah gelap masa depan..Tapi InsyaAllah, aku yakin dengan kebolehan aku..

Nanti bila dah jadi cikgu ni lagi la kena banyak membaca..Membaca kan satu usaha untuk mencambahkan ilmu dan pengetahuan..Jadi, rajin-rajin lah korang semua membaca macam aku ni..Hehehe..Sebagai seorang guru, kita asyik suruh pelajar kita membaca, tapi kita pulak sebaliknya..Sepatutnya, seseorang guru tu mestilah rajin membaca barulah boleh menjadi ikutan para pelajar..Ianya adalah untuk memotivasikan pelajar tersebut..Huhuhu..Guna teori motivasi la pulak aku ni..

Ok lah..Aku pun takde apa lagi nak merepek tuk hari ni..Korang semua doakanlah agar aku boleh lulus dengan cemerlang dan menjadi seorang guru yang berkaliber..Aku pun sama-sama doakan untuk korang semua KPLI Januari 2009 IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor agar lulus dengan cemerlang..Amin..Wassalam.
Rabu, 21 Oktober 2009 | By: akubest501

Kepada Perokok, Berhentilah Dengan Segera.




Alhamdulillah, hari ni genaplah 2 bulan aku berhenti merokok..Nak bagi info skit, aku telah berhenti merokok pada 21 Ogos 2009..Sehingga ke tarikh hari ini iaitu 21 Oktober 2009, maka genaplah 2 bulan..Sepanjang 2 bulan ni tidak ada apa2 yang berlaku sehingga menjerumus aku untuk kembali merokok..dan tidak ada sebab untuk aku sedut kembali asap2 rokok tu..Sekali aku buat keputusan takkan aku khianati keputusan itu..Aku amat berharap jika ada kawan2 yang sanggup mengikuti jejak langkah aku ini.

Mengapa aku asyik menulis artikel mengenai rokok ni?..Tak lain dan tak bukan adalah untuk memberi kesedaran kepada perokok2 di luar sana agar segeralah berhenti merokok..Aku ulangi sekali lagi BERHENTILAH MEROKOK DENGAN SEGERA..Banyak faedah dan kebaikan yang kita boleh peroleh apabila kita berhenti merokok..Rasanya , tak payah la aku tulis apa kebaikan dan keburukannya di sini..Para perokok sudah sedia maklum akan kebaikan dan keburukannya..Jadi, fikir2kanlah yer..
Khamis, 17 September 2009 | By: akubest501

Salam Aidilfitri Buat Semua.

Salam semua..Aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aifitri..Maaf Zahir dan Batin kepada semua kekawang..Semoga raya tahun ni penuh dengan kemeriahan dan kegembiraan..Beraya lah dengan berpada-pada..jauhi amalan membazir..

Kepada semua anak perantau yang balik kampung, berhati-hati ketika memandu..Ingatlah orang yang tersayang..Salam ikhlas daripada akubest501..


Babai..Assalamualaikum wbt....
Rabu, 9 September 2009 | By: akubest501

Ucap Selamat Tinggal Kepada ROKOK.

Alhamdulillah..Hari ni dah masuk hari ke-19 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini..Termasuk hari ni, dah 19 hari jugak aku tak hisap rokok..Setakat ni ok je aku rasa..Dalam rumah sewa aku ada 2 orang yang merokok dan aku 2 orang tidak merokok..Aku dah tak rasa apa-apa lagi bila diorang merokok depan aku..Dah tak ada rasa nak hisap..Hari yang mula-mula tu susah jugak aku rasa,tapi aku berusa jugak untuk melupakan rokok..Akhirnya, pada hari pertama aku telah berjaya.
 
TENGOK GAMBAR NI SAMBIL FIKIR-FIKIRKAN.. 
Apabila hari pertama kita berjaya tidak merokok, kita akan berusaha untuk melupakan rokok pada hari kedua..Bagi aku, jika seseorang itu berjaya melupakan rokok sehingga hari ketiga berturut-turut, InsyaAllah dia akan berjaya meninggalkan tabiat merokok buat selama-lamanya..Ini adalah daripada pengalaman aku sendiri..Tapi dengan syarat jangan cuba hisap kembali walaupun dengan hanya sebatang.
Daripada pengalaman aku sendiri, dulu pada tahun 2006 aku telah pun berhenti merokok..Tetapi tidak sampai 2 tahun aku telah hisap kembali setelah aku cuba hisap dengan niat untuk suka-suka sahaja..Sejak dari itu aku telah menjadi perokok kembali..Hinggalah ke tahun ini, aku telah mengambil keputusan untuk berhenti apabila tibanya bulan Ramadhan..Alhamdulillah, aku telah mengotakan apa yang telah aku hajati..Aku merasa bangga dengan diri sendiri..
 

 BACA BETUL-BETUL..
Bersempena dengan hari baik dan bulan yang baik ni, marilah kita semua  meninggalkan amalan merokok ni..Banyak keuntungan yang kita dapat sekiranya kita berhenti merokok..Baik dari segi kewangan mahupun kesihatan..Tak payah la aku cerita, korang semua pun dah tahu kesan dan akibat merokok ni..Ok lah..Jadi aku harap korang semua fikir-fikirkan lah..Jumpa lagi..Semoga anda semua berjaya..aku telah berjaya..Anda juga boleh melakukannya..Wassalam..
Sabtu, 5 September 2009 | By: akubest501

Tadarus Al-Quran

Salam..Hari ni aku dan khairi telah berkesempatan menjadi fasilitator bagi program tadarus al-Quran peringkat Sk Sungai Lui..Program tadarus ini telah dipecahkan dalam bentuk kumpulan..Dua orang guru telah dipertanggungjawabkan bagi setiap kumpulan..Aku dan khairi diamanahkan untuk menjadi fasilitator bagi kumpulan 5..Peserta kumpulan 5 ni seramai 10 orang..8 orang dari kelas 4 Cekal dan 2 orang dari kelas 4 Ceria..Berikut adalah senarai peserta tersebut..
                                      1. Abdul Aziz            6. Muhd Aidil Haziq
                                      2. Aiman Haziq         7. Muhd Amierul Adam
                                      3. Mohd Akbal         8. Muhd Amin
                                      4. Mohd Faidz          9. mohd Hafiszam
                                      5. mohd Haziq        10. Muhd Asyraf
Di sini juga aku sertakan gambar buat tontonan semua..Erm..Maklum aje lah, aku ni suka upload gambar..Blog aku blog gambar sebenarnya..(macam album la kiranya)..Hahahahahaha..Ok lah..Ni dia gambar-gambar tu..Korang sumer tengok lah..
 
  
  
  
Program ni ambil masa yang agak lama memandangkan 2 juzu' hendak dihabiskan..Aku dan Khairi telah mengambil masa selama 2 jam untuk menghabiskan 2 juzu' al-Quran tersebut..Juzu' yang dibaca adalah juzu' 10 dan 11..Budak-budak ni semua pandai mengaji..So, tak ada masalah la buat aku untuk handle diorang..Ok lah..Stakat ni lah dulu coretan aku..Sehingga bertemu lagi di lain masa..Wassalam..

SK Sungai Lui Di Waktu Pagi

Sungguh indah dan permai Sk Sungai Lui di waktu pagi..Kelihatan seolah-olah aku berada di negara-negara yang beriklim sejuk..Lihatlah kabus yang menyelubungi permandangan saujana mata memandang..nampak macam pukul 6 pagi jer..Tapi sebenarnya dah pukul 8.15 pagi ni..

 
 Permandangan dari atas bangunan pejabat.
  
Permandangan dari tapak perhimpunan.
  
 Padang SK Sungai Lui.
  
Perhimpunan pagi.
Tinggal dua minggu aje lagi aku kat skolah ni..Lepas ni tak tahu lah di mana aku akan ditempatkan..Apa yang paling penting, kenangan aku di sekolah ni tidak akan aku lupakan sampai bila-bila..Lagi dua miggu, selamat tinggal aku ucapkan padamu SK Sungai Lui..Aku pasti merindui kalian semua..Assalamualaikum w.b.t..
Khamis, 3 September 2009 | By: akubest501

Kenangan di Air terjun Sungai Gabai dan Sungai Congkak

Assalamualaikum w.b.t..Bertemu lagi kita..Apa yang aku nak tunjuk kat korang hari ni..Teka la..Erm..Aku nak kongsi skit gambar-gambar kenangan kat air terjun Sungai Gabai dan Sungai Congkak..Gambar-gambar ni semua diambil tahun ni la..So, masih baru lagi la..Ok..Tengok lah yer..
 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
Harap-harap gambar yang disiarkan di sini mendapat kebenaran daripada orang yang terdapat dalam gambar..Hehehe..Mana la tahu kot-kot ada yang tak suka..Tapi aku harap korang sume suka lah..kalu tak suka, komen la..Nanti aku buang mana yang tak berkenan..Ok?..Sampai di sini dulu lah..Sehingga ketemu lagi di lain masa..Assalamualaikum w.b.t... 
Rabu, 2 September 2009 | By: akubest501

Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Sungai Lui

 
Hari ini telah berlangsung majlis perasmian Bulan Patriotik peringkat SK Sungai Lui..Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sungai Lui iaitu Puan Selamah bt Packeer Mohamed..Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang bulan patriotik ini adalah seperti:-
    1. Pertandingan kelas patriotik
    2. Mewarna jalur gemilang
    3. Menghasilkan poster
    4. Mendeklamasikan sajak
    5. Nyanyian berkumpulan lagu patriotik
    6. Pertandingan pakaian beragam

 

Aku Dan Pengakap Edisi ke 2

Salam..Aku dan pengakap kembali lagi bagi edisi ke 2..Ini adalah sambungan daripada aktiviti perkhemahan yang telah berlangsung di Teluk batik, Perak..Aku tidak berhajat nak cerita panjang-panjang..Hanya nak berkongsi gambar jer kat sini..Ok lah..Korang semua tengoklah gambar yang aku upload kat sini..
 
 
 
  
 
 
  
  
  
 
So, macam mana?..Dah tengok semua..Ini aje lah yang sempat aku masukkan..Tak larat dah..Hehehehehe..Ok lah..Stakat ni dulu..Jumpa lagi lain hari..babai..Assalamualaikum w.b.t...
Selasa, 1 September 2009 | By: akubest501

Mural Aku Kat SK Sungai Lui Bahagian 2

Salam semua..Hai..Pekabo hari..Ok, hari ni aku nak tunjuk sikit mural aku kat korang semua..Dulu aku dah tunjuk, tapi tu yang dah siap punya..Kali ni aku tunjuk dari awal aku ngan Keri buat..Silalah tengok ye..
  
Mula-mula nak lukis ni susah jugak..Tapi aku guna LCD..
  
Bila dah siap terap mulalah aku ngan keri mengecat..Memang leceh walaupun guna LCD.. 
 
Beginilah hasilnya pada hari kedua projek aku ni..

 
Gambar ni pun pada hari kedua jugak..dah mula mengecat latar belakangnya..
  
Gambar ni hampir siap mengecat latar belakangnya..Warnanya aku ubah sedikit bagi nampak lebih muda..
  
Begilah hasilnya bila semua latar belakang dicat..Agak menarik tapi tak begitu menonjol sangat..
  
Apabila semuanya selesai, aku ngan keri mulakan aktiviti membuat garisan tepi menggunakan marker pen..Barulah mural ni nampak begitu menarik dan menonjol..
 
 Ok..Ni lah hasilnya..Tapi aku tak tulis lagi perkataan Malaysia kat kaki nombor satu tu..Erm..Takpe lah..Ada masa lagi tu..Heheheheehehe
Haaaaaaaa..Beginilah ceritanya mural aku ngan keri ni..Hehehehe..Ok tak?..Harap-harap korang semua suka la menengoknya yer..Ok lah..Stakat tu lah dulu..Jumpa lagi yer..Babai..Assalamualaikum w.b.t...