Rabu, 9 September 2009 | By: akubest501

Ucap Selamat Tinggal Kepada ROKOK.

Alhamdulillah..Hari ni dah masuk hari ke-19 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini..Termasuk hari ni, dah 19 hari jugak aku tak hisap rokok..Setakat ni ok je aku rasa..Dalam rumah sewa aku ada 2 orang yang merokok dan aku 2 orang tidak merokok..Aku dah tak rasa apa-apa lagi bila diorang merokok depan aku..Dah tak ada rasa nak hisap..Hari yang mula-mula tu susah jugak aku rasa,tapi aku berusa jugak untuk melupakan rokok..Akhirnya, pada hari pertama aku telah berjaya.
 
TENGOK GAMBAR NI SAMBIL FIKIR-FIKIRKAN.. 
Apabila hari pertama kita berjaya tidak merokok, kita akan berusaha untuk melupakan rokok pada hari kedua..Bagi aku, jika seseorang itu berjaya melupakan rokok sehingga hari ketiga berturut-turut, InsyaAllah dia akan berjaya meninggalkan tabiat merokok buat selama-lamanya..Ini adalah daripada pengalaman aku sendiri..Tapi dengan syarat jangan cuba hisap kembali walaupun dengan hanya sebatang.
Daripada pengalaman aku sendiri, dulu pada tahun 2006 aku telah pun berhenti merokok..Tetapi tidak sampai 2 tahun aku telah hisap kembali setelah aku cuba hisap dengan niat untuk suka-suka sahaja..Sejak dari itu aku telah menjadi perokok kembali..Hinggalah ke tahun ini, aku telah mengambil keputusan untuk berhenti apabila tibanya bulan Ramadhan..Alhamdulillah, aku telah mengotakan apa yang telah aku hajati..Aku merasa bangga dengan diri sendiri..
 

 BACA BETUL-BETUL..
Bersempena dengan hari baik dan bulan yang baik ni, marilah kita semua  meninggalkan amalan merokok ni..Banyak keuntungan yang kita dapat sekiranya kita berhenti merokok..Baik dari segi kewangan mahupun kesihatan..Tak payah la aku cerita, korang semua pun dah tahu kesan dan akibat merokok ni..Ok lah..Jadi aku harap korang semua fikir-fikirkan lah..Jumpa lagi..Semoga anda semua berjaya..aku telah berjaya..Anda juga boleh melakukannya..Wassalam..

17 Orang telah komen di sini:

Tanpa Nama berkata...

merokok membazir wang..

nurul berkata...

i am sooooooooo proud of you!!!!!!

akubest501 berkata...

thanks nurul..

adyri berkata...

bgs2!

akubest501 berkata...

mekasih adyri..

Faarihin berkata...

Katakan tak nak kepada rokok.. (^__^).. err.. nampak cam dah lain je blog ni.. hehehe..

akubest501 berkata...

mekasih cik faarihin..eh, lain ke? tak sama je kot..hehehe

LoRd oF eYD berkata...

congrate laa..berenti trus laa..hehehe..

akubest501 berkata...

tima kasih yer cik eda..

SaKuRa berkata...

huhuhu..harap2 azam tu kekal..jgn nt stat balik..hehehe...gud job:P

akubest501 berkata...

Thanks Sakura..mmg nak behenti terus..tak nak hisap dah..merokok membazir wang..huhuhuhu

dotblogspotdotkom berkata...

kawan pakcik nih... punya le perokok tegar... macam2 alasan kalu cite pasal rokok nih.... lastly pakcik percaya yang dia akan berenti merokok.... itu pun bila dia mati...huhuhuhu

akubest501 berkata...

tu kawan pakcik..aku ni lain..hahahahah

myza berkata...

my hubby penah amek ubt kampung utk berhenti merokok-ubat tu 1st time makan,u akan muntah-then pakcik tu kata kalau still ada rasa nak hisap rokok-telan ubt tuh-lama2 akan hilang keinginan merokok-but my hubby bila rasa nak merokok dia pegi cari rokok-bukan makan ubt tuh-akhirnya usaha yg sia-sia shj.Malah my MIL penah ckp dia terkilan sbb anak2nya merokoklah,ayah diorg turut merokok dulu..huh bahaya dan sadis penangan rokok ni.nyampah nyer..

akubest501 berkata...

sabar yer myza..sbnrnya kalau btl2 nak berhenti merokok ni tk perlu guna ubt apa2..sia2 jer semua tu kalau hati tu kompius..nak berhenti jgk kena slow2..tk bleh mengejut..kurangkan dulu merokok..lama2 pasti blh..insyaAllah..

akubest501 berkata...

sabar yer myza..sbnrnya kalau btl2 nak berhenti merokok ni tk perlu guna ubt apa2..sia2 jer semua tu kalau hati tu kompius..nak berhenti jgk kena slow2..tk bleh mengejut..kurangkan dulu merokok..lama2 pasti blh..insyaAllah..

akubest501 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.