Khamis, 6 Januari 2011 | By: akubest501

Sk Cherating Dilanda Banjir

Hari keempat persekolah menjadi kelam kabut akibat banjir yang menimpa sekolah hari ini...Hujan lebat lebat yang tidak henti-henti dari semalam menyebabkan kawasan sekitar sekolah serta jalan utama di hadapan sekolah dinaiki air...Air mula naik sekitar jam 9.30 pagi...Air telah melimpah sehingga ke dalam bilik darjah...Beberapa buah bilik darjah dinaiki air sekitar 5-10 cm...Ibu bapa terpaksa menjemput anak-anak mereka lebih awal berikutan keadaan yang tidak disangka ini...

Difahamkan beberapa sekolah lain di sekitar Cherating-Balok juga mengalami nasib yang sama...Persekolahan hari ini terpaksa ditamatkan lebih awal bagi memastikan keadaan menjadi terkawal...Murid-murid juga dinasihatkan agar berehat di rumah esok jika keadaan masih banjir...Tapi guru-guru tetap kena datang sekolah...Hehehehehe....















9 Orang telah komen di sini:

akubest501 berkata...

best betul skolah hari ni...takde budak...he he he he

abgreds berkata...

dapat gak main air cikgu...
harap semua ok..

akubest501 berkata...

hehe...tu la abgreds...permulaan tahun baru dgn banjir....

aZIEra itu aKu.... berkata...

sonok budak2 nie men banjirkan...:)

akubest501 berkata...

budak2 ni mcm kita dulu2 la...he he...mmg suka main air banjir...tak gitu cik ziera??/

Syed Hilmi Syed Yahya berkata...

kesian betul kt budak2 sekolah nie....

akubest501 berkata...

tu la..tp dah settle...air dah kering...

aZIEra itu aKu.... berkata...

btl2 mmg suke main air banjir....smpai sekarang lau bnjir kt kg, teringin nak main....:)

akubest501 berkata...

ziera: jgn lupa balik kg bila banjir...he he he