Jumaat, 24 Disember 2010 | By: akubest501

Bermula Episod Baru

Salam semua...Wah, bukan main lagi tajuk di atas ni...Apa yang "Bermula Episod Baru" tu?...Ermm, apa yer?...Hehehe...Sebenarnya, banyak yang aku nak cerita...Bertimbun-timbun dalam kepala ni...Tapi dalam kepala aje lah...Bila nak tulis, hilang pulak cerita tu....Tambah pulak menulis sambil menonton anugerah skrin...hehehe...

Episod pertama yang aku nak cerita ialah mengenai bini aku...Permohonannya untuk bertukar ke Kuantan gagal...Huhuhu....Kesian kat aku dan dia..Terpaksalah berjauhan lagi...Harap-harap Pertukaran bulan 6 tahun depan berjayalah yer...InsyaAllah...Ni kira episod baru jugak la kan...Episod baru tinggal berjauhan...hehehe

Episod kedua apa yer??..Oh ya, sekolah dah nak bukak ni...Mesyuarat pun dah bermula...Harap2 tahun 2011 akan memberi kekuatan dan lebih semangat untuk mendidik anak bangsa...Kenapa??...Tahun 2010 tak bersemangat ke?...Bukan tak semangat, tapi nak lebih semangat lagi bila tiba tahun 2011...

Episod keempat ni yang best...Aku ditugaskan menjadi guru kelas tahun 2...Sebelum ni menjadi guru kelas tahun 3...Semakin kecik plak budak yang nak kena handle...jangan kecing n berak dalam kelas sudah...Hehehe...Selain tu, aku jugak bertanggungjawab ke atas panitia kajian tempatan, penyelaras sukan dan permainan, setiausaha asrama desa dan pelbagai AJK yg lain...Huhuhu...Ok la tu...Dah menjadi tugas, kena terima la dengan hati yang terbuka....

Episod kelima, sempena tahun baru masihi yang bakal tiba ni, aku dah pun beli peralatan rumah yang baru...Setahun tinggal dalam rumah yang takde apa2...Cuma ada kerusi dan meja tulis jer...Kenapa, tak percaya ker??...Hajat dihati nak beli bila dah dapat tinggal berdua ngan isteri...Tapi isteri plak tak dapat tukar, so, kami ambil keputusan beli ajelah....Apa yang kami beli?...Satu set Tv Lcd + Home teatre, mesin basuh n peti ais...Erm, ok la tu...Lepas ni tambah lagi apa yang patut....

Ok lah...dah malas plak nak tulis...Syok sangat tgk TV....hehehe...Apa-apa pun aku doakan semoga Sk Cherating akan lebih berjaya di masa-masa akan datang....Tahun baru, GB baru, guru baru n semangat baru....Maka, Bermula lah Episod Baru.....


2 Orang telah komen di sini:

NoiJem berkata...

pergh! ldc tv n home theatre? bestnyaaa :D err, astro ade ke x? xkan gune lcd tv nengok tv rtm je kut? membazir..hehe

akubest501 berkata...

astro coming soon maksu...hehehe
nanti tak terkejor plak nak bayar bill....