Khamis, 22 Oktober 2009 | By: akubest501

Studi...Studi...and Studi.




akubest501

Salam..Erm..Dah lama tak menulis dalam blog ni..Asyik letak gambar jer..Hehehe..Maklum la, gambar2 ni memang kegemaran aku..Ok lah..Nak sembang-sembang skit bab-bab studi ni..Dah lama dah sebenarnya aku tinggalkan 'profesion' studi ni..Sekarang ni terpaksa la aku berkecimpung balik dalam bidang ni semenjak dua menjak masuk maktab ni..Last guna perkataan 'studi' ni masa kat UKM dulu tahun 2004..Sekarang tahun 2009, bermakna sudah sekian lama barulah muncul kembali perkataan studi ni..hehehe..

Kenapa aku citer bab studi ni?..Sebenarnya 28/10 ni aku ada intebiu SPP..3/11 pulak aku dah exam..So, kena la bertungkus lumus studi siang dan malam..Aku ulangi 'siang dan malam'..Ehem..ehem..Betul ke tu!!..Fuh..Memang memenatkan bila kita asyik mengadap tulisan ni..Baca sekejap dah rasa nak tido..Hahahaha..Tapi mahu tak mahu kena baca jugak..Kalau tak baca kan tak lulus pulak exam ni..Baru lah gelap masa depan..Tapi InsyaAllah, aku yakin dengan kebolehan aku..

Nanti bila dah jadi cikgu ni lagi la kena banyak membaca..Membaca kan satu usaha untuk mencambahkan ilmu dan pengetahuan..Jadi, rajin-rajin lah korang semua membaca macam aku ni..Hehehe..Sebagai seorang guru, kita asyik suruh pelajar kita membaca, tapi kita pulak sebaliknya..Sepatutnya, seseorang guru tu mestilah rajin membaca barulah boleh menjadi ikutan para pelajar..Ianya adalah untuk memotivasikan pelajar tersebut..Huhuhu..Guna teori motivasi la pulak aku ni..

Ok lah..Aku pun takde apa lagi nak merepek tuk hari ni..Korang semua doakanlah agar aku boleh lulus dengan cemerlang dan menjadi seorang guru yang berkaliber..Aku pun sama-sama doakan untuk korang semua KPLI Januari 2009 IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor agar lulus dengan cemerlang..Amin..Wassalam.
Rabu, 21 Oktober 2009 | By: akubest501

Kepada Perokok, Berhentilah Dengan Segera.




Alhamdulillah, hari ni genaplah 2 bulan aku berhenti merokok..Nak bagi info skit, aku telah berhenti merokok pada 21 Ogos 2009..Sehingga ke tarikh hari ini iaitu 21 Oktober 2009, maka genaplah 2 bulan..Sepanjang 2 bulan ni tidak ada apa2 yang berlaku sehingga menjerumus aku untuk kembali merokok..dan tidak ada sebab untuk aku sedut kembali asap2 rokok tu..Sekali aku buat keputusan takkan aku khianati keputusan itu..Aku amat berharap jika ada kawan2 yang sanggup mengikuti jejak langkah aku ini.

Mengapa aku asyik menulis artikel mengenai rokok ni?..Tak lain dan tak bukan adalah untuk memberi kesedaran kepada perokok2 di luar sana agar segeralah berhenti merokok..Aku ulangi sekali lagi BERHENTILAH MEROKOK DENGAN SEGERA..Banyak faedah dan kebaikan yang kita boleh peroleh apabila kita berhenti merokok..Rasanya , tak payah la aku tulis apa kebaikan dan keburukannya di sini..Para perokok sudah sedia maklum akan kebaikan dan keburukannya..Jadi, fikir2kanlah yer..