Ahad, 30 Ogos 2009 | By: akubest501

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 52..Merdekakanlah diri kita daripada perkara-perkara yang melalaikan dan merosakkan diri kita..Apa yang paling penting merdekakan pemikiran kita daripada dibelenggu pemikiran penjajah..Walaupun negara kita sudah merdeka selama 52 tahun tetapi hakikatnya pemikiran kita masih lagi dijajah oleh Barat..Negara kita sendiri masih lagi menggunakan sistem dan dasar yang ditinggalkan oleh penjajah..Tak perlulah aku tulis panjang-panjang..Korang semua fikirlah sendiri..Mana yang baik dan mana yang buruk..Selamat hari merdeka..
Merdeka!..Merdeka!..Merdeka!..

Aku Dan Pengakap

Salam semua..Hai,apa kabo..Harap-harap semua sihat la yer..Hari ni aku malas nak cakap banyak..Cakap banyak-banyak pun bukan korang rajin sangat nak baca..Hahahahaaha..Betul tak?..Macam aku ni lain la..Memang suka membaca..Hehehehehehe..Puji diri sendiri..Nak tunggu korang puji aku lambat sangat..Ok lah..Ntah apa aku merapu ni..Di sini aku nak tunjuk sikit gambat-gambar masa aku join pengakap..Nah, korang tengok lah..
Erm..Dah letih dah nak upload banyak-banyak..Cukup la ni aku rasa..Banyak sangat nanti korang semua jemu plok nak nengoknya..Hahahaha..Ok lah..Sampai di sini dulu tuk hari ni..Sehingga bersua kembali di hari-hari yang akan datang jika diizinkan oleh Allah s.w.t..Assalamualaikum w.b.t...

Sabtu, 29 Ogos 2009 | By: akubest501

Aku Dan Taman Negara Pahang

Salam buat semua..Dulu aku telah berkesempatan pergi ke Taman Negara Pahang..Kira kali pertama la aku pergi sana..Tapi pegi sana pun bukan saja-saja..Ni projek jabatan kajian soaial punya..Kelas 1.07 dan 1.06..Ok, tak payah citer panjang-panjang lah..Mari aku tunjukkan sebahagian gambar-gambar yang ada..
Aku letak gambar jer ni..Aku malas nak tulis..So, korang tengok aje lah..Harap korang semua suka..Hehehehe..Ok lah..Kita sambung lagi nanti..Assalamualaikum w.b.t...
Jumaat, 28 Ogos 2009 | By: akubest501

B.I.G II di SK Integrasi Al-Misbah

Salam semua..Di sini aku pamerkan sedikit gambar-gambar semasa program BIG 2 yang berlangsung di SK Integrasi Al-Misbah, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor..
Beginilah keadaan pagar sekolah sebelum dicat..Kelihatan Sham sedang mengecat tu..
Kelihatan Jali yang sedang asyik mengecat tu..Tak sedar gambar diambil..Syok sangat mengecat..
Aku sedang asyik mengecat..Teringat kat kerja lama aku..Dulu begini la kerja aku..heheheheh
Haaa..Ni lah geng-geng cat pagar..Aku, Khalil, Jali, Khairi..
Ini adalah keadaan di dalam surau sebelum ditukar dengan tikar getah yang baru..Kelihatan Kak Bi sedang berjalan sambil tengok apa yang perlu dibuat..
Haaa..Dah nak siap pun..Kelihatan geng-geng kelas aku iaitu KPLI 1.07 bersama-sama dengan Puan Naza..Senyum mewet Kak Yan..Hahahaha
Kelihatan geng-geng kelas aku sedang buat mural tulisan khat pada dinding surau..Bertungkus-lumus diorang ni buat kerja..
Ni geng-geng kelas 1.06 sedang bertungkus-lumus menyiapkan mural pada dinding bangunan tadika..
Inilah dia geng-geng KPLI 1.07..Tapi lagi 5 orang takde kat sini termasuklah aku..
Ok lah..korang tengok lah gambar-gambar ni dulu..Nantikan ada masa aku upload gambar lain pulok..banyak lagi gambar ni..Tapi maklum aje lah, takde masa nak upload..ok, sehingga ketemu lagi..Babai...Assalamulaikum w.b.t.....
Khamis, 27 Ogos 2009 | By: akubest501

Berhenti Merokok

Alhamdulillah..Hari ni dah masuk hari ke-6 aku tak hisap rokok..Bukan susah pun nak berhenti merokok sebenarnya..Apa yang paling penting ialah kita mestilah betul2 berazam untuk berhenti..Memang diakui bahawa, memang kuat dugaan yang datang apabila kita berhenti merokok ni..Kadang2 rasa macam nak pecah jer kepala bila teringat kat rokok..Tapi tahan je lah..Bila berjaya tak hisap sehari, aku yakin korang semua boleh berhenti..Macam aku ni nafsu nak hisap tu ada lagi, tapi aku tahan jer..Lama2 ok lah..sekarang dah nak masuk seminggu, ok jer aku rasa..Lepak2 ngan orang hisap rokok pun aku dah tak rasa apa2..Kadang2 kawan2 pelawa jugak tapi aku tolak jer..Kalau aku sentuh balik, jem la aku..Mesti susah nak berhenti..So, aku pun harap korang semua berhentilah merokok..Ataupun sekurang-kurangnya, kurangkan merokok..Aku yakin korang semua boleh..Yakin boleh..Malaysia boleh kan!!!!...Boleh blah..Hahahahaha..... ok lah...jumpa lagi..
Rabu, 26 Ogos 2009 | By: akubest501

Aku dan Praktikum






Salam buat semua..Sedar tak sedar dah nak habis tempoh praktikal..Tinggal tiga minggu jer lagi..Tolak cuti tinggal lagi 13 hari aku kat Sk sungai Lui..Mula-mula masa baru datang rasa macam nak cepat habis jer praktikal ni..Tapi bila dah nak habis rasa sayang pulak nak tinggalkan sekolah ni..biasa la tu kan..Meh sini aku kenalkan korang dengan guru pembimbing aku..Haaaa..nilah dia..macam mana,ok?..Cikgu Mazlan namanya..Dia seorang guru pembimbing yang baik dan bagus..Banyak membantu aku dalam setiap perkara supaya aku jugak boleh jadi sebagus dia..InsyaAllah..
Oklah..Seterusnya aku kenalkan korang dengan rakan praktikal aku..Mohd Khairi namanya..nilah dia Mat Keri..Gambar dia ngan cikgu Munirah..
Mat keri ni bagus orangnya..Semua orang cakap dia bagus..Murid-murid pun suka bangat kat dia..Selalu bagi 'gula-gula' kat murid..hehehehe...Apa-apa pun syabas la cikgu Khairi..Jadilah guru yang cemerlang suatu hari nanti..
Sebenarnya ni adalah gambar masa hari sukan Sk Sungai Lui..Aku ngan Keri baru seminggu berada di sini waktu tu..Minggu pertama datang terus ada sukan..So,tak mengajar lagi la waktu tu..Latihan sukan je hari-hari..Tapi ok jugak..Bolehlah aku ngan Keri menyesuaikan diri dulu pada waktu tu..Takde la gabra sangat..Ni aje lah gambar yang sempat aku ambik masa hari sukan tu..Korang tengok lah..Tak banyak gambar yang aku ambik sebab sibuk waktu dengan tugas yang diberikan..hehehehe...sebenarnya buat-buat sibuk pun ada..Ok lah..lain kali pulak sambung..Salam..




Selasa, 25 Ogos 2009 | By: akubest501

Rumahku Syurgaku

Salam semua..haaaaaaaa..kalau kamu semua nak tahu, nilah rumah aku..eh..eh..bukan rumah aku..rumah mak n ayah aku...hahahahahah...aku menumpang jer..tapi walaubagaimanapun, rumah aku jugak..sebab aku dilahirkan dan dibesarkan dalam rumah ni..walau macam mana pun rumah kita, besar ke, kecik ke, baru ke, buruk ke, batu ke, kayu ke, ianya tetap memberikan berjuta-juta kenangan buat kita..betul?
Semua orang inginkan rumah sendiri, betul?..sama la macam aku..ada rumah sendiri barulah best..besar ke kecik ke, ikut kemampuan kita..duit banyak boleh la buat rumah besar..tak ada duit buat rumah kecik-kecik aje la..hahahaha...ok lah...kamu tengok la gambar rumah aku ni...ok, babai..assalamualaikum...
Isnin, 24 Ogos 2009 | By: akubest501

Permainan Tradisional


Salam semua..nak cerita skit mengenai permainan tradisional yang aku suka..permainan tersebut tak lain dan tak bukan adalah permainan wau..permainan wau ni sangat popular di negeri Terengganu dan Kelantan..aku nak fokuskan kat kampung aku aje..Kampung Atas Tol Kuala Terengganu..kat kampung aku ni permainan wau memamg cukup popular la di kalangan orang2 tua dan juga golongan remaja..haaaaaaa....ni adalah wau aku...macam mana?..ok?...yang atas tu namanya Wau Burung dan yang bawah namanya Wau Bulan...Wau Burung aku masih simpan lagi...Wau Bulan aku dah bagi kat orang..orang tu nak sangat, so aku bagilah buat kenangan kat dia..best main wau ni kalu sapa-sapa yang tak pernah main nak tahu..boleh hilangkan tension,rileks2, dan macam-macam lagi lah..tapi aku memang dah lama tak main..tak ada masa lah sekarang ni..huhuhuhu...ok lah...lain kali plok aku merapu...hahahahaahah

Mural Aku Kat SK Sungai Lui


Salam buat semua..kalau korang nak tahu nilah hasil kerja aku ngan Mat Keri..Mural satu Malaysia tu..Pok Jib punya..Hahahahahah..
Mula-mula nak buat nama-nama negeri..leceh pulak rasanya nak kena tulis banyak..nak tulis senang tapi nak warnakan tu yang leceh..terfikir-fikir jugak macam mana nak buat bagi senang..
erm...tiba-tiba datang ustaz Fadzly..dia la yang bagi idea buat 1malaysia..so,aku pun terima ajelah idea tu..senang kerja..tak payah tulis nama-nama negeri tu..hehehehehehh
murid-murid bila lalu ikut mural ni, diorang boleh fikir skit..tengok kat mana negeri diorang..dan jugak negeri-negeri yang lain..ilmu pengetahuan tu..erm...oklah..tak tahu dah aku nak merepek apa lagi..apa yang penting, mural aku siap...

Bulan Puasa Bulan Berhenti Merokok



Salam buat semua perokok..ambil lah peluang di bulan puasa ni untuk anda semua berhenti merokok..merokok ni semua orang tahu keburukannya..tak payah citer la..buat sakit hati je baca..tapi sekurang-kurangnya kita mempunyai azam untuk berhenti merokok..macam aku lah..sebelum masuk bulan puasa baru ni, aku dah berazam nak berhenti merokok..so, sekarang ni aku memang dah betul-betul berhenti lah..bukan susah pun nak berhenti..janji jangan hisap..lepas tu jangan beli rokok..so, bila tak beli rokok, mula la mintak ngan kawan-kawan..sekali dua takpe..bila dah banyak kali, kawan pun meluat..so, dia dah tak bagi..anda pun dah tak dapat nak mintak rokok ngan kawan..so, berhenti ajelah..duit pun jimat..


Macam aku ni tak banyak mana hisap..dalam 14 batang jer sehari..kosnya dalam RM6.70 sehari..kalu didarab ngan 30 hari dah brapa tu...RM6.70 x 30 hari = RM201...banyak jugak tu...heheheheheheheeh..so, mari lah kita ramai-ramai pakat berhenti merokok...ok...